Resipi Daging Burger

Bahan-bahan :

800 gram daging lembu kisar ramli
1 labu bawang putih (cincang halus)
4 biji bawang merah (cincang halus)
20 gram lada hitam
50 gram daun ketumbar (cincang halus)
2 biji telur (putih telur)
1 tbsp serbuk cili
2 tbsp tepung jagung
1 tsp garam halus
2 tbsp minyak jagung


Cara Membuatnya :

1. Gaul kesemua bahan hingga sebati dan timbang setiap bahagian 80 gram.

2. Kemudian bentuk setiap adunan seperti daging burger dan simpan di dalam peti beku selama 1 hari.

3. Kemudian masak seperti daging burger.


Sumber Resipi :
Mini RTC Bagan Tiang

Resepi Bebola Ikan

Bahan Utama :

500 gram isi ikan
15 gram tepung gandum
10 gram tepung kanji
15 gram gula
15 gram garam
150 gram ais


Bahan Perisa :

5 gram lada sulah
2.5 gram serbuk bawang putih
5 gram kiub ikan bilis


Kaedah :

1. Ikan dibersihkan dengan membuang kepala dan perut.

2. Asingkan isi ikan dan tulang.

3. Timbang ikan.

4. Kisar isi ikan dengan ½ bahagian ais.

5. Isi ikan yang telah dikisar digaul dengan gula selama 3 minit (menggunakan pengadun).

6. Kemudian adunan digaul dengan ½ bahagian garam selama 3 minit.

7. Tambah tepung, bahan perisa dan baki bahagian ais dan digaul selama 10-15 minit.

8. Bentukkan adunan kepada bebola mengikut kesesuaian saiz.

9. Rendam dalam air suam selama 20 minit untuk bagi lebih kenyal dan pejal.

10. Masak dalam suhu didih sampai bebola timbul.


Sumber Resipi :
Mini RTC Bagan Tiang

Butter Cream (Untuk Hiaskan Kek)

Sumber Resipi :
Mini RTC Bagan Tiang


Bahan-bahan :

750 gram gula icing
2 kilo krim well
3 sudu esen vanila
100 gram buttercup


Cara-cara :

1. Buttercup dan gula icing dipukul hingga kembang.

2. Masukkan esen vanila.

3. Akhir sekali masukkan krim well.

4. Pukul hingga kembang dan boleh digunakan untuk menghias kek.

Resipi Kuah Rojak

Sumber Resipi :
Mini RTC Bagan Tiang


Bahannya :

4 kilo gula merah
2 botol otak udang
1 botol sos kacang soya hitam (cabai makau)
1 botol sos kacang soya merah pedas
500 gram cili melaka (mesin sehingga halus)


Caranya :

1. Masak cili melaka sehingga airnya kering.

2. Kemudian masukkan gula merah.

3. Masak sampai gula merah hancur dan masukkan otak udang.

4. Kacau hingga sebati.

5. Akhir sekali masukkan sos kacang soya hitam dan merah.

6. Masak sehingga mendidih.

Petai Masak Tumis Bersantan

Bahan-bahan :

Petai
Cili kering
Udang
Air asam
Santan
Bawang besar


Cara Menyediakannya :

1. Petai dipotong nipis dan direbus sehingga empuk. Angkat dan ketepikan dulu.

2. Blender cili kering dan masuk minyak dalam kuali.

3. Tumis cili yang dikisar hingga pecah minyak.

4. Masukkan udang dan juga air asam jawa serta garam.

5. Kemudian masukkan santan dan petai yang direbus. Biarkan seketika.

6. Di dalam kuali, goreng bawang besar (goreng darat).

7. Masukkan bawang yang digoreng dalam masakan tadi.

8. Biarkan mendidih dan sedia untuk dihidang.

Chicken Chop Simple

Bahan Membuat Chicken Chop :


Ayam bahagian paha @ dada
2 ulas bawang putih (diketuk)
Sos tiram
Lada hitam (ditumbuk)
Garam
2 sudu kicap
Tepung jagung
Minyak


Cara Membuat Kuah Chicken Chop :


1. Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak.

2. Setelah minyak panas, tumiskan bawang putih yang telah diketuk hingga naik bau.

3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap dan lada hitam yang telah ditumbuk.

4. Bancuh sedikit tepung jagung dengan air dan masukkan dalam kuah tadi untuk bagi pekat.

5. Kemudian masukkan sedikit garam. Tutup api.


Cara Memasak Ayam Chicken Chop :


1. Bagi ayam pula terpulang kepada anda sama anda hendak menggoreng dengan mencelupkan serbuk roti atau boleh juga dengan menggunakan tepung jagung.

2. Campurkan tepung jagung dengan serbuk lada hitam yang ditumbuk dan sedikit garam.

3. Kemudian, celup atau lumurkan pada daging ayam.

4. Goreng sehingga masak.

Murtabak Mee Segera

Bahan-bahan :

2 bungkus maggi
Daging kisar
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
Rempah kari
Daun sup dan daun bawang (dihiris)
Garam
4 biji telur (dipukul sedikit)
Sedikit minyak


Cara Membuatnya :

1. Rebus maggi sehingga lembut dan toskan airnya.

2. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang.

3. Masukkan rempah kari, daging kisar dan garam. Tunggu hingga daging empuk.

4. Masukkan daun sup, daun bawang dan maggi.Kacau dan tutup api.

5. Pecahkan telur dalam bekas, masukkan bahan yang dimasak tadi.

6. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan goreng sehingga masak.

7. Sedia untuk dihidang.

Kek Kurma

Bahan-bahan :

250 gram butter
250 gram tepung kek
250 gram gula
1 sudu teh baking powder
250 gram telur
100 gram buah kurma (dibuang biji dan dihiris)
50 gram butter milk
1 sudu teh pandan flavour (warna hijau)


Cara Membuatnya :

1. Pukul butter bersama gula hingga kembang.

2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.

3. Masukkan tepung kek yang diayak bersama baking powder.

4. Seterusnya, masukkan pandan flavour, buah kurma dan butter milk.

5. Tuangkan ke dalam loyang.

6. Bakar sehingga masak.

Daging Berlada Tok Alam

Bahan-bahan :

1 kg daging
1 labu bawang besar
100 gram sos tiram
Garam
Gula
2 helai daun limau purut
10 gram serbuk kunyit
Sedikit air dan minyak.


Bahan Kisar :

2 batang serai
2 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 ulas bawang putih
50 gram belacan
20 cm halia
15 biji cili api
5 biji bawang merah


Cara Memasaknya :

1- Daging direbus terlebih dahulu selama 20 minit. Kemudian hiris daging mengikut kesukaan anda.

2- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar hingga pecah minyak dan naik bau.

3- Masukkan sedikit air, sos tiram, daun limau purut, bawang besar, daging, serbuk kunyit dan garam.

4- Kacau hingga sebati dan masak sehingga agak kering.

Roti Jala

Bahan-bahan :

3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air @ santan @ susu cair
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin (dicairkan)
1 sudu kecil rata garam
Sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)

Cara Membuatnya :

1. Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas kecuali minyak.

2. Kacaukan hingga sekata dan tidak berketul.

3. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.

4. Tuangkan adunan dengan menggunakan acuan roti jala.

5. Goreng hingga masak dan gulung dengan kemas.

6. Enak dinikmati bersama kari, serawa durian atau mengikut citarasa anda.

Ayam Masak Kicap Pedas

Bahan-bahan :

1 ekor ayam
4 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil air asam jawa
1 labu bawang besar
3 cm halia
Minyak
Garam


Bahan Kisar :

1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
10 tangkai cili padi
6 ulas bwang merah
4 ulas bawang putih


Cara Memasak :

1- Ayam dibersihkan dan dilumur dengan sedikit garam. Goreng hingga masak.

2- Panaskan 1 sudu minyak, tumis bahan kisar dan halia hingga naik bau.

3- Masukkan ayam goreng, kicap, air asam jawa dan lada sulah secukup rasa.

4- Didihkan seketika hingga semua bahan sebati.

5- Jika suka tambahkan hirisan cili hijau dan cili merah.

Kuih Bunga

Bahan-bahan :

Tepung pulut
Santan
Sedikit garam
Sebiji telur
Gula

Cara Membuatnya :

1. Bancuh tepung pulut dengan santan dan sedikit garam.

2. Buat bentuk bulat dan leperkannya.

3. Kemudian celupkan dalam telur yang telah dipukul.

4. Goreng sehingga masak.

5. Taburkan sedikit gula di atasnya.

6. Sedia untuk dinikmati.


Nota Santai :

Kenapa diberi nama kuih bunga?

Dinamakan kuih bunga kerana apabila dicelup dengan telur yang dipukul akan menghasilkan seakan bunga yang cantik di sekeliling kuih. Oleh sebab itulah diberi nama kuih bunga.

Lopes Labu

Bahan-bahan :

Kicap pekat manis
Daun pandan
Beras pulut digoreng tanpa minyak
Labu (diparut)
Kelapa parut putih
Sedikit tepung gandum
Gula pasir
Tepung pulut
Air


Cara Membuatnya :

1. Campurkan labu, tepung pulut dan sedikit tepung gandum.

2. Masukkan sedikit air dan buat bentuk bulat-bulat.

3. Panaskan air dan rebuskan dalam air tersebut.

4. Angkat dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampur sedikit garam.

5. Campurkan gula pasir, air, daun pandan dan kicap pekat dan masak hingga mendidih.

6. Hidangkan bersama lopes labu dan taburkan sedikit beras pulut yang digoreng.

Poli Ubi Kayu

Bahan-bahan :

Ubi kayu (diparut)
Kelapa parut putih ditambah sedikit garam
Pewarna kuning
Gula Melaka


Cara Membuatnya :

1. Ubi kayu dicampur dengan pewarna kuning.

2. Bungkuskan di dalam daun pisang dan kukus sehingga masak.

3. Masak gula Melaka bersama sedikit air sehingga gula cair.

4. Apabila ubi telah masak, salut dengan kelapa parut.

5. Hidangkan bersama dengan manisan gula Melaka.

Agar-agar Potato

Bahan-bahan :

3 biji ubi kentang
Agar-agar
½ sudu gula pasir
Susu pekat manis
Milo


Cara Membuatnya :

1. Rebus ubi kentang sehingga empuk dan diblender.

2. Rebus agar-agar dan masukkan gula dan juga susu pekat.

3. Masukkan kesemua ubi kentang ke dalam agar-agar.

4. Tuangkan ke dalam loyang dan dibiarkan sejuk.

5. Bancuh milo pekat dan dengan kreativiti sendiri contengkan ke atas agar-agar tadi.

6. Pasti agar-agar kelihatan lebih menarik dan sedap.

7. Selamat mencuba :)

Nasi Kerabu Ain


Bahan Untuk Nasi :
Beras
Daun limau purut
Pewarna kuning @ biru

Bahan Untuk Sambal Kelapa :
Ikan kembung
Kelapa parut
Bawang merah
Serai

Bahan Untuk Sambal Cili :
Cili
Cuka
Garam
Gula

Ulaman @ Sayuran :
Kacang panjang
Kubis
Timun (hiris kecil-kecil)
Taugeh


Cara Memasak Nasi :
Masak nasi seperti biasa. Letakkan daun limau purut dan masukkan pewarna kuning sedikit atau pewarna biru.

Cara Membuat Sambal Kelapa :
Rebus ikan kembung dan ambil isinya. Kemudian tumbuk.

Goreng kelapa parut dengan api perlahan dan jangan bagi hangit. Kemudian tumbuk dan jangan tumbuk terlalu hancur.

Tumbuk juga bawang merah dan serai.

Masuk semua bahan dalam satu bekas. Gaul bagi semua rata. Perasakan dengan garam dan gula.


Cara Membuat Sambal Cili :
Cili, cuka, garam dan gula digaul hingga sebati.

* kalau rajin buatlah ikan goreng celup tepung, daging bakar dan keropok.

Daging Dendeng

Bahan-bahan :

1 kilo daging

100-150 gram cili kering ( dikisar)
5/6 labu bawang merah besar dan dikisar bersama cili kering
Sedikit gabungan kicap lemak manis dan kicap pekat
2/3 sudu besar cuka
Garam dan gula
Sedikit minyak untuk menumis
# Sedikit halia, bawang putih yang dikisar untuk diperap bersama daging



Cara Membuatnya:

1. Rebus daging sehingga empuk

2. Potong daging nipis-nipis dan tumbuk sehingga leper

3. Perap daging bersama bahan-bahan perapan dan sedikit kicap selama 30 mint- 1 jam

4. Goreng daging, angkat dan toskan

5. Tumis bawang dan cili kering sehingga garing dan naik minyak

6. Masukkan kicap dan gaul rata

7. Masukkan daging yang telah digoreng tadi

8. Masukkan garam, gula dan cuka

9. Gaulkan dendeng daging,angkat dan hidangkan

By: azianhasan.com


Serunding Daging

Bahan-bahan :

½ kilo daging (dipotong dadu)
½ biji kelapa parut
2 sudu besar minyak kelapa (untuk menumis)
1 sudu besar jintan manis (ditumbuk halus)
½ sudu besar jintan putih (ditumbuk halus)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar gula pasir
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sebesar ibu jari asam jawa
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Perap daging dengan kelapa parut, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, bawang merah, bawang putih, air asam jawa, gula dan garam selama empat minit.

2. Panaskan minyak dan masukkan daging yang diperap tadi.

3. Kacau daging berulang kali sehingga kering dan berderai. Kemudian angkat.

Kuah Lodeh

Bahan-bahan :

¼ kubis sederhana besar
300 gram kacang hijau
100 gram udang hidup
2 keping tauhu
2 keping tempe
3 biji ubi kentang
1 biji kelapa
3 biji cili merah
4 ulas bawang merah (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
½ sm halia
½ sm belacan
1 cawan minyak kelapa
100 gram suhun


Cara Membuatnya :

1. Hiris nipis kubis dan kacang panjang.

2. Siang dan bersihkan udang.

3. Potong dadu tauhu, tempe dan ubi kentang.

4. Sediakan satu mangkuk santan cair.

5. Setelah itu panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dihiris dan belacan sehingga kuning.

6. Kemudian masukkan santan cair dan kacau.

7. Setelah mendidih masukkan sayur-sayuran, udang, tempe, kentang dan suhun.

8. Kemudian masukkan pati santan serta tauhu.

9. Akhir sekali apabila mendidih masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Masak Kuzi

Bahan Untuk Digoreng :

1 ekor ayam
100 gram bawang merah
30 gram bawang putih
100 gram kacang tanah
50 sen kundur
1 kotak ligo kismis


Bahan Untuk Ditumis :

1 bungkus rempah
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cawan minyak
½ tin susu pekat
½ botol tomato delmonte
Santan (daripada 1 biji kelapa)
Gula dan garam secukup rasa


Cara Memasak :

1. ½ botol tomato, ½ tin susu dan sebungkus rempah dan 2 sudu gula dicampur.

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Apabila kuning, masukkan campuran rempah dan tunggu hingga naik bau. Seterusnya, masukkan santan.

3. Biarkan ia mendidih dan masukkan ayam.

4. Apabila ayam telah empuk, masukkan bahan yang digoreng. Biarkan beberapa minit dan bolehlah diangkat.

5. Sedia untuk dihidang.

Bubur Caca

Bahan-bahan :

1 biji ubi keladi (dipotong dadu dan direbus)
1 biji ubi keledek (dipotong dadu dan direbus)
1 peket tepung caca warna-warni
5 cawan santan
½ cawan gula
2 biji pisang (dihiris)
1 tin jagung manis
2 helai daun pandan


Cara Menyediakannya :

1. Tepung caca dibasuh dan direbus dengan air hingga tepung caca masak. Toskan.

2. Masak gula bersama air hingga hancur.

3. Masukkan caca, garam, daun pandan, ubi keledek, ubi keladi, jagung manis dan hirisan pisang ke dalam periuk.

4. Kacau dan biarkan mendidih. Masukkan santan. Kacau dan angkat bila mendidih.

Bubur Jagung


Bahan-bahan :

1 tin jagung manis 425 gram
250 gram santan
3 cawan air
Gula secukup rasa


Cara Memyediakannya :

1. Masukkan jagung, santan dan air ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.

2. Masukkan gula secukup rasa.

3. Sedia untuk dihidang.