Puding Sagu Mangga

Bahan-bahan :

500ml air
400ml santan pekat
200gm gula
100gm sagu
30gm serbuk agar-agar
1 sudu makan tepung kastard
Pewarna hijau
Mangga secukupnya (dipotong dadu kecil)


Cara Membuatnya :

Didihkan air dan gula hingga mendidih. Masukkan 1/2 santan dan panaskan hingga hampir mendidih tetapi jangan santan pecah minyak. Tutup api.

Masukkan serbuk agar-agar. Kacau hingga sebati dan tapis.

Dalam periuk lain, campur lebihan santan bersama tepung kastard dan dua sudu makan gula, didihkan hingga likat.

Di dalam satu lagi periuk lain, masak sagu hingga berkilat, masukkan  pewarna hijau semasa memasak sagu.

Sediakan gelas lut sinar atau mangkuk lut sinar, sudu sedikit sagu di lapisan bawah,  diikuti sesudu adunan agar-agar. 

Tambah mangga yang dicincang dan diakhiri dengan lapisan kastard. Sejukkan. Boleh juga masukkan kurma atau kismis jika hendak rasa yang berlainan. 

Puding Santan Telur

Bahan-bahan :

300ml air
100gm santan pekat
50gm agar-agar kering (rendam sebentar)
80gm gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh pewarna ros


Cara Membuatnya :

Rebus agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih dan larut. Tapis dan masukkan ke dalam periuk lain. Didihkan lagi untuk beberapa minit dengan api kecil.

Sementara itu, dalam mangkuk, pukul sederhana telur, santan, pewarna ros dan kacau sebati. 

Tapis dan masukkan dalam periuk berisi agar-agar tadi secara perlahan-lahan.

Biarkan agar-agar mendidih beberapa minit lagi (jangan kacau). Tutup api.

Tuangkan puding ke dalam mangkuk atau acuan. Sejukkan hingga keras. Sedia untuk dihidang.

Puding Kelapa

Bahan-bahan :

2 tahil agar-agar
2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan susu cair
3 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh serbuk koko
1 1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan mentega


Cara Membuatnya :

Pukul putih telur hingga kembang dan kuning telur (guna garpu) dipukul dalam bekas berasingan. 

Panaskan 2 cawan air dan masak agar-agar dan gula pasir. Setelah agar-agar kembang, masukkan semua bahan kecuali koko. Kacau hingga sebati. 

Bila sudah sebati, bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dimasukkan koko dan satu lagi dibiarkan asal. 

Masukkan dalam acuan 1 senduk berselang-seli hingga habis kedua-dua bahagian dan sejukkan dalam peti ais.

Biskut Munchi Kelapa


Bahan-bahan :

150 ml santan kelapa (dicampur air)
6 helai daun pandan
75 gram gula
3 biji kuning telur
250 gram tepung ubi yang digoreng
1 ½ cawan Nestle Corn Flakes (dikisar halus)


Cara Membuatnya :

1. Didihkan santan dan daun pandan sehingga pekat.

2. Biarkan santan sejuk.

3. Adunkan gula dan telur selama 3 minit dan tuangkan ke dalam santan yang telah disejukkan.

4. Campurkan tepung gandum dan Nestle Corn Flakes, kemudian gaul sehingga ianya menjadi doh lembut.

5. Canai doh sehingga 3mm dan potong mengikut bentuk yang diingini menggunakan acuan biskut.

6. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 oC sehingga berwarna keemasan.


 Sumber : Nestle Corn Flakes