02 July 2015

Murtabak Mee Segera

Bahan-bahan :

2 bungkus maggi
Daging kisar
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
Rempah kari
Daun sup dan daun bawang (dihiris)
Garam
4 biji telur (dipukul sedikit)
Sedikit minyak


Cara Membuatnya :

1. Rebus maggi sehingga lembut dan toskan airnya.

2. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang.

3. Masukkan rempah kari, daging kisar dan garam. Tunggu hingga daging empuk.

4. Masukkan daun sup, daun bawang dan maggi.Kacau dan tutup api.

5. Pecahkan telur dalam bekas, masukkan bahan yang dimasak tadi.

6. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan goreng sehingga masak.

7. Sedia untuk dihidang.

Kek Kurma

Bahan-bahan :

250 gram butter
250 gram tepung kek
250 gram gula
1 sudu teh baking powder
250 gram telur
100 gram buah kurma (dibuang biji dan dihiris)
50 gram butter milk
1 sudu teh pandan flavour (warna hijau)


Cara Membuatnya :

1. Pukul butter bersama gula hingga kembang.

2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.

3. Masukkan tepung kek yang diayak bersama baking powder.

4. Seterusnya, masukkan pandan flavour, buah kurma dan butter milk.

5. Tuangkan ke dalam loyang.

6. Bakar sehingga masak.

01 July 2015

Daging Berlada Tok Alam

Bahan-bahan :

1 kg daging
1 labu bawang besar
100 gram sos tiram
Garam
Gula
2 helai daun limau purut
10 gram serbuk kunyit
Sedikit air dan minyak.


Bahan Kisar :

2 batang serai
2 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 ulas bawang putih
50 gram belacan
20 cm halia
15 biji cili api
5 biji bawang merah


Cara Memasaknya :

1- Daging direbus terlebih dahulu selama 20 minit. Kemudian hiris daging mengikut kesukaan anda.

2- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar hingga pecah minyak dan naik bau.

3- Masukkan sedikit air, sos tiram, daun limau purut, bawang besar, daging, serbuk kunyit dan garam.

4- Kacau hingga sebati dan masak sehingga agak kering.

Roti Jala

Bahan-bahan :

3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air @ santan @ susu cair
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin (dicairkan)
1 sudu kecil rata garam
Sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)

Cara Membuatnya :

1. Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas kecuali minyak.

2. Kacaukan hingga sekata dan tidak berketul.

3. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.

4. Tuangkan adunan dengan menggunakan acuan roti jala.

5. Goreng hingga masak dan gulung dengan kemas.

6. Enak dinikmati bersama kari, serawa durian atau mengikut citarasa anda.

Ayam Masak Kicap Pedas

Bahan-bahan :

1 ekor ayam
4 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil air asam jawa
1 labu bawang besar
3 cm halia
Minyak
Garam


Bahan Kisar :

1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
10 tangkai cili padi
6 ulas bwang merah
4 ulas bawang putih


Cara Memasak :

1- Ayam dibersihkan dan dilumur dengan sedikit garam. Goreng hingga masak.

2- Panaskan 1 sudu minyak, tumis bahan kisar dan halia hingga naik bau.

3- Masukkan ayam goreng, kicap, air asam jawa dan lada sulah secukup rasa.

4- Didihkan seketika hingga semua bahan sebati.

5- Jika suka tambahkan hirisan cili hijau dan cili merah.