Resipi Kuih Kalakatar

Bahan-bahan : 

4 atau 5 biji kelapa muda (ambil isi dan airnya) 

5 cawan air kelapa muda

2 cawan rata tepung gandum

½ cawan gula

1 biji telur

Sedikit garam halus

½ biji kelapa tua (perah jadikan santan menggunakan air kelapa muda tadi. Maksudnya santan campur air kelapa muda adalah 5 cawan)

 

Cara Membuatnya : 

1. Semua bahan digaul rata kecuali isi kelapa muda.

2. Selepas semua bahan sebati, tapiskan.

3. Akhir sekali baru masukkan isi kelapa muda tadi.

4. Tuang dalam loyang saiz 28 cm (11 inci) yang telah disapu minyak.

5. Bakar dalam oven api atas bawah, suhu 250 darjah Celcius selama 1 jam.

6. Untuk masak elok tambah lagi masak 15 minit, bergantung pada oven.

7. Kalau oven sudah lama atau tua, masak dalam 1 jam 30 minit.

8. Kalau nak masak cara lama silakan buat bara api atas bawah guna tempurung dan sabut.

9. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

 

Nota :

1. Kalau kelapa pandan, guna 7 atau 8 biji kerana kelapa pandan kecil.

2. Kalakatar kalau kurang isi kelapa akan jadi kurang sedap.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan