Memaparkan catatan dengan label Ain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ain. Papar semua catatan

Sambal Belacan Makku


Bahan-bahan :

Cabai kering
Cabai melaka (jika nak letak)
Belacan
Santan pekat
Asam jawa
Satu sudu kecil garam
Telur rebus


Cara Membuatnya :

1. Blender cabai kering, cabai melaka dan belacan bagi lumat serta pekat.

2. Dalam bekas lain santan pekat dicampur dengan asam jawa dan juga garam.

3. Masukkan bahan blender tadi dalam bekas.

4. Picit telur rebus bagi hancur (jangan terlalu hancur) dan masuk santan tadi.

5. Sesuaikan rasanya mengikut selera anda.

6. Sambal belacan ini rasanya lemak-lemak.

7. Jika makan  dengan ulam dan ikan bakar pastinya bertambah makan.

Kangkung Goreng Belacan


Bahan-bahan :

Cabai kering
Sedikit cabai melaka
Belacan
Bawang merah
Gula dan garam secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Blender cabai kering, cabai melaka dan belacan bagi lumat.

2. Tumis bawang merah dan masukkan bahan blender tadi.

3. Masukkan juga gula, garam dan kangkung.

4. Masak hingga kangkung lembut.

Masak Lemak Pucuk Ubi Kayu


Bahan-bahan :

Pucuk ubi kayu
Santan
Cabai melaka (boleh diblender @ dibiar memanjang sahaja)
1 inci halia
1 labu bawang besar
Segenggam ikan bilis
1 sudu besar serbuk kunyit


Cara Membuatnya :

1. Rebus pucuk ubi kayu dulu bagi lembut, angkat dan toskan airnya.

2. Satukan santan, cabai melaka, halia, bawang, pucuk ubi tadi, ikan bilis dan kunyit.

3. Masak hingga mendidih dan jangan bagi pecah minyak.

4. Sedia untuk dihidang.

Tauhu Kuah Kacang

Bahan-bahan :

Cabai @cili kering
Kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
Bawang merah
Garam dan gula secukup rasa
Tauhu (digoreng)


Cara Membuatnya :

1. Blender cabai sampai lumat.

2. Kemudian, masukkan kacang dalam blender. Kisar kasar.

3. Tumis bawang kecil dan masak bahan yang dikisar tadi.

4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

5. Akhir sekali, masukkan tauhu yang digoreng seketul -seketul.

6. Pastikan kuah pekat baru masukkan tauhu.

7. Sedia untuk dihidang.


Petai Masak Tumis Bersantan

Bahan-bahan :

Petai
Cili kering
Udang
Air asam
Santan
Bawang besar


Cara Menyediakannya :

1. Petai dipotong nipis dan direbus sehingga empuk. Angkat dan ketepikan dulu.

2. Blender cili kering dan masuk minyak dalam kuali.

3. Tumis cili yang dikisar hingga pecah minyak.

4. Masukkan udang dan juga air asam jawa serta garam.

5. Kemudian masukkan santan dan petai yang direbus. Biarkan seketika.

6. Di dalam kuali, goreng bawang besar (goreng darat).

7. Masukkan bawang yang digoreng dalam masakan tadi.

8. Biarkan mendidih dan sedia untuk dihidang.

Roti Jala

Bahan-bahan :

3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air @ santan @ susu cair
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin (dicairkan)
1 sudu kecil rata garam
Sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)

Cara Membuatnya :

1. Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas kecuali minyak.

2. Kacaukan hingga sekata dan tidak berketul.

3. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.

4. Tuangkan adunan dengan menggunakan acuan roti jala.

5. Goreng hingga masak dan gulung dengan kemas.

6. Enak dinikmati bersama kari, serawa durian atau mengikut citarasa anda.

Agar-agar Potato

Bahan-bahan :

3 biji ubi kentang
Agar-agar
½ sudu gula pasir
Susu pekat manis
Milo


Cara Membuatnya :

1. Rebus ubi kentang sehingga empuk dan diblender.

2. Rebus agar-agar dan masukkan gula dan juga susu pekat.

3. Masukkan kesemua ubi kentang ke dalam agar-agar.

4. Tuangkan ke dalam loyang dan dibiarkan sejuk.

5. Bancuh milo pekat dan dengan kreativiti sendiri contengkan ke atas agar-agar tadi.

6. Pasti agar-agar kelihatan lebih menarik dan sedap.

7. Selamat mencuba :)

Nasi Kerabu Ain


Bahan Untuk Nasi :
Beras
Daun limau purut
Pewarna kuning @ biru

Bahan Untuk Sambal Kelapa :
Ikan kembung
Kelapa parut
Bawang merah
Serai

Bahan Untuk Sambal Cili :
Cili
Cuka
Garam
Gula

Ulaman @ Sayuran :
Kacang panjang
Kubis
Timun (hiris kecil-kecil)
Taugeh


Cara Memasak Nasi :
Masak nasi seperti biasa. Letakkan daun limau purut dan masukkan pewarna kuning sedikit atau pewarna biru.

Cara Membuat Sambal Kelapa :
Rebus ikan kembung dan ambil isinya. Kemudian tumbuk.

Goreng kelapa parut dengan api perlahan dan jangan bagi hangit. Kemudian tumbuk dan jangan tumbuk terlalu hancur.

Tumbuk juga bawang merah dan serai.

Masuk semua bahan dalam satu bekas. Gaul bagi semua rata. Perasakan dengan garam dan gula.


Cara Membuat Sambal Cili :
Cili, cuka, garam dan gula digaul hingga sebati.

* kalau rajin buatlah ikan goreng celup tepung, daging bakar dan keropok.

Biskut Cinta Tiga Musim

Bahan-bahan :

1 tin minyak sapi
½ kati mentega
1 cawan gula aising
¼ sudu garam
3 cawan tepung gandum
3 cawan tepung kek
2 biji kuning telur
-      Kacang untuk inti
-      Hiasan luar gula caster


Cara Membuatnya :

Putar marjerin dan gula hingga kembang. Tambahkan tepung gandum dan gaul sehingga rata. 

Kemudian tambah tepung kek dan gaul hingga rata. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.

Bahagi adunan tiga bahagian dan warnakan setiap adunan.

Bentuk adunan secara membulat masukkan kacang di dalamnya dan gaul dengan gula caster.