Memaparkan catatan dengan label Resipi Biskut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resipi Biskut. Papar semua catatan

Resipi Biskut Kelapa







Resipi Biskut Nutella Pot


Tart Nenas

Bahan A :

200 gram tepung gandum
1 cawan Nestle Corn Flakes (yang dikisar halus)


Bahan B :

1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila


Bahan lain :

150 gram mentega
2 ½ camca teh gula kastor
Jem nenas


Cara Membuatnya :

1. Gaulkan bahan A dengan mentega dan uli sehingga sebatian menyerupai serbuk roti kering.

2. Kacau bahan B dengan gula dan gaulkan sehingga doh menjadi lembut.

3. Canai doh sehingga 3mm tebal.

4. Potong doh dengan menggunakan pemotong tart dan isikan jem nenas. Hiaskan doh dengan corak kegemaran anda.

5. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 oC selama 15 hingga 20 minit.


Sumber : Nestle Corn Flakes
 

Biskut Arab

Bahan-bahan :

1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan minyak sapi
Marjerin secukup lembut
Baking powder
Gula


Cara Membuatnya :

Tepung digaul dengan minyak sapi. 

Selepas itu, uli dengan marjerin. 

Buat bentuk bulat dan letakkan kuning telur di atasnya dan gula. 

Bakar hingga masak.

Biskut Cinta Tiga Musim

Bahan-bahan :

1 tin minyak sapi
½ kati mentega
1 cawan gula aising
¼ sudu garam
3 cawan tepung gandum
3 cawan tepung kek
2 biji kuning telur
-      Kacang untuk inti
-      Hiasan luar gula caster


Cara Membuatnya :

Putar marjerin dan gula hingga kembang. Tambahkan tepung gandum dan gaul sehingga rata. 

Kemudian tambah tepung kek dan gaul hingga rata. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.

Bahagi adunan tiga bahagian dan warnakan setiap adunan.

Bentuk adunan secara membulat masukkan kacang di dalamnya dan gaul dengan gula caster.

Biskut Kurma Gulung

Bahan-bahan :

2 cawan gula
2 cawan planta
3 biji telur (asing putih dan kuning)
½ cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum
Kurma (dipotong panjang)
Esen vanila


Cara Membuatnya :

Pukul planta dan gula sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan kuning telur. Kacau hingga sebati. 

Seterusnya, masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Uli hingga menjadi doh yang baik.

Ambil sedikit doh dan masukkan kurma. Celup dalam putih telur dan golekkan dalam cornflakes yang dihancurkan. 

Bakar hingga masak.

Biskut Badam London

Bahan-bahan :

1 buku mentega
1 cawan gula
550 gram tepung gandum
2 kuning telur
1 putih telur
Coklat masakan dicairkan dengan sedikit mentega
Biji badam dan hirisan badan


Cara Membuatnya :

Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan kuning telur, putih telur dan dipukul. 

Masukkan tepung dan kacau. Ambil adunan, bulatkan dan masukkan biji badam. 

Kemudian, masukkan ke dalam cawan kertas. Bakar hingga masak. Tuang coklat masakan di atas dan tabur dengan hirisan badam.

#Coklat masakan dikacau dalam periuk dan letakkan dalam periuk yang berisi air panas.

Biskut Kelapa Seri

Bahan-bahan :

150 gram kelapa
100 gram mentega
90 gram gula
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
125 gram tepung gandum
Hirisan cili merah


Cara Membuatnya :

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur, esen vanila dan kelapa. 

Bulatkan kecil-kecil serta golek dalam kelapa. Letakkan ceri di atasnya. 

Bakar hingga masak.