Showing posts with label Resipi Menu Utama. Show all posts
Showing posts with label Resipi Menu Utama. Show all posts

01 October 2016

Kuah Kacang Nisak

Bahan-bahan :

Cabai kering
Bawang besar
Bawang putih
Belacan
Gula
Garam
Gula melaka
Isi ayam
Kacang tanah digoreng tanpa minyak
Serai


Cara Membuatnya :

1. Cabai kering, bawang besar, bawang putih dan belacan digoreng.

2. Kemudian, masukkan sedikit air dan kisar hingga lumat.

3. Panaskan minyak, masukkan bahan yang dikisar.

4. Masukkan gula, garam, gula melaka dan ayam yang digoreng.

5. Masukkan kacang yang telah dikisar.

6. Letakkan juga serai yang diketuk.

7. Masak hingga pekat dan tutup api.

01 July 2015

Daging Berlada Tok Alam

Bahan-bahan :

1 kg daging
1 labu bawang besar
100 gram sos tiram
Garam
Gula
2 helai daun limau purut
10 gram serbuk kunyit
Sedikit air dan minyak.


Bahan Kisar :

2 batang serai
2 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 ulas bawang putih
50 gram belacan
20 cm halia
15 biji cili api
5 biji bawang merah


Cara Memasaknya :

1- Daging direbus terlebih dahulu selama 20 minit. Kemudian hiris daging mengikut kesukaan anda.

2- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar hingga pecah minyak dan naik bau.

3- Masukkan sedikit air, sos tiram, daun limau purut, bawang besar, daging, serbuk kunyit dan garam.

4- Kacau hingga sebati dan masak sehingga agak kering.

Ayam Masak Kicap Pedas

Bahan-bahan :

1 ekor ayam
4 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil air asam jawa
1 labu bawang besar
3 cm halia
Minyak
Garam


Bahan Kisar :

1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
10 tangkai cili padi
6 ulas bwang merah
4 ulas bawang putih


Cara Memasak :

1- Ayam dibersihkan dan dilumur dengan sedikit garam. Goreng hingga masak.

2- Panaskan 1 sudu minyak, tumis bahan kisar dan halia hingga naik bau.

3- Masukkan ayam goreng, kicap, air asam jawa dan lada sulah secukup rasa.

4- Didihkan seketika hingga semua bahan sebati.

5- Jika suka tambahkan hirisan cili hijau dan cili merah.

02 May 2015

Nasi Kerabu Ain


Bahan Untuk Nasi :
Beras
Daun limau purut
Pewarna kuning @ biru

Bahan Untuk Sambal Kelapa :
Ikan kembung
Kelapa parut
Bawang merah
Serai

Bahan Untuk Sambal Cili :
Cili
Cuka
Garam
Gula

Ulaman @ Sayuran :
Kacang panjang
Kubis
Timun (hiris kecil-kecil)
Taugeh


Cara Memasak Nasi :
Masak nasi seperti biasa. Letakkan daun limau purut dan masukkan pewarna kuning sedikit atau pewarna biru.

Cara Membuat Sambal Kelapa :
Rebus ikan kembung dan ambil isinya. Kemudian tumbuk.

Goreng kelapa parut dengan api perlahan dan jangan bagi hangit. Kemudian tumbuk dan jangan tumbuk terlalu hancur.

Tumbuk juga bawang merah dan serai.

Masuk semua bahan dalam satu bekas. Gaul bagi semua rata. Perasakan dengan garam dan gula.


Cara Membuat Sambal Cili :
Cili, cuka, garam dan gula digaul hingga sebati.

* kalau rajin buatlah ikan goreng celup tepung, daging bakar dan keropok.

Daging Dendeng

Bahan-bahan :

1 kilo daging

100-150 gram cili kering ( dikisar)
5/6 labu bawang merah besar dan dikisar bersama cili kering
Sedikit gabungan kicap lemak manis dan kicap pekat
2/3 sudu besar cuka
Garam dan gula
Sedikit minyak untuk menumis
# Sedikit halia, bawang putih yang dikisar untuk diperap bersama daging



Cara Membuatnya:

1. Rebus daging sehingga empuk

2. Potong daging nipis-nipis dan tumbuk sehingga leper

3. Perap daging bersama bahan-bahan perapan dan sedikit kicap selama 30 mint- 1 jam

4. Goreng daging, angkat dan toskan

5. Tumis bawang dan cili kering sehingga garing dan naik minyak

6. Masukkan kicap dan gaul rata

7. Masukkan daging yang telah digoreng tadi

8. Masukkan garam, gula dan cuka

9. Gaulkan dendeng daging,angkat dan hidangkan

By: azianhasan.com


Serunding Daging

Bahan-bahan :

½ kilo daging (dipotong dadu)
½ biji kelapa parut
2 sudu besar minyak kelapa (untuk menumis)
1 sudu besar jintan manis (ditumbuk halus)
½ sudu besar jintan putih (ditumbuk halus)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar gula pasir
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sebesar ibu jari asam jawa
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Perap daging dengan kelapa parut, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, bawang merah, bawang putih, air asam jawa, gula dan garam selama empat minit.

2. Panaskan minyak dan masukkan daging yang diperap tadi.

3. Kacau daging berulang kali sehingga kering dan berderai. Kemudian angkat.

Masak Kuzi

Bahan Untuk Digoreng :

1 ekor ayam
100 gram bawang merah
30 gram bawang putih
100 gram kacang tanah
50 sen kundur
1 kotak ligo kismis


Bahan Untuk Ditumis :

1 bungkus rempah
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cawan minyak
½ tin susu pekat
½ botol tomato delmonte
Santan (daripada 1 biji kelapa)
Gula dan garam secukup rasa


Cara Memasak :

1. ½ botol tomato, ½ tin susu dan sebungkus rempah dan 2 sudu gula dicampur.

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Apabila kuning, masukkan campuran rempah dan tunggu hingga naik bau. Seterusnya, masukkan santan.

3. Biarkan ia mendidih dan masukkan ayam.

4. Apabila ayam telah empuk, masukkan bahan yang digoreng. Biarkan beberapa minit dan bolehlah diangkat.

5. Sedia untuk dihidang.

Lontong

Bahan-bahan :


3 cawan beras (dikosek dan ditoskan)
5 keping daun pisang (dilayur)


Cara Membuatnya :


1. Gulung daun pisang. Ikat hujung daun pisang dengan tali yang kuat. Kemudian ikat dua simpul di bahagian tengah supaya tidak terbuka.

2. Masukkan beras anggaran separuh panjang kelongsong lontong dan ikat hujungnya.

3. Rebus hingga masak iaitu anggaran hingga 4 jam.