30 September 2015

Petai Masak Tumis Bersantan

Bahan-bahan :

Petai
Cili kering
Udang
Air asam
Santan
Bawang besar


Cara Menyediakannya :

1. Petai dipotong nipis dan direbus sehingga empuk. Angkat dan ketepikan dulu.

2. Blender cili kering dan masuk minyak dalam kuali.

3. Tumis cili yang dikisar hingga pecah minyak.

4. Masukkan udang dan juga air asam jawa serta garam.

5. Kemudian masukkan santan dan petai yang direbus. Biarkan seketika.

6. Di dalam kuali, goreng bawang besar (goreng darat).

7. Masukkan bawang yang digoreng dalam masakan tadi.

8. Biarkan mendidih dan sedia untuk dihidang.

08 August 2015

Chicken Chop Simple

Bahan Membuat Chicken Chop :


Ayam bahagian paha @ dada
2 ulas bawang putih (diketuk)
Sos tiram
Lada hitam (ditumbuk)
Garam
2 sudu kicap
Tepung jagung
Minyak


Cara Membuat Kuah Chicken Chop :


1. Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak.

2. Setelah minyak panas, tumiskan bawang putih yang telah diketuk hingga naik bau.

3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap dan lada hitam yang telah ditumbuk.

4. Bancuh sedikit tepung jagung dengan air dan masukkan dalam kuah tadi untuk bagi pekat.

5. Kemudian masukkan sedikit garam. Tutup api.


Cara Memasak Ayam Chicken Chop :


1. Bagi ayam pula terpulang kepada anda sama anda hendak menggoreng dengan mencelupkan serbuk roti atau boleh juga dengan menggunakan tepung jagung.

2. Campurkan tepung jagung dengan serbuk lada hitam yang ditumbuk dan sedikit garam.

3. Kemudian, celup atau lumurkan pada daging ayam.

4. Goreng sehingga masak.