Pengat Ubi Campuran

Bahan-bahan :

½ kg keledek kuning
½ kg keledek putih
½ kg keladi
½ kg ubi sagu
Sedikit sagu
300 gram santan
Dua helai daun pandan
250 gram gula pasir
½ buku gula enau
Secubit garam


Cara Membuatnya :

1. Rebus kesemua ubi, keladi dan keledek bersama daun pandan hingga empuk.

2. Masukkan santan, gula pasir, gula enau dan kacau sehingga mendidih.

3. Masukkan biji sagu dan biarkan sebentar. Hidang dan hiaskan.

Lontong

Bahan-bahan :


3 cawan beras (dikosek dan ditoskan)
5 keping daun pisang (dilayur)


Cara Membuatnya :


1. Gulung daun pisang. Ikat hujung daun pisang dengan tali yang kuat. Kemudian ikat dua simpul di bahagian tengah supaya tidak terbuka.

2. Masukkan beras anggaran separuh panjang kelongsong lontong dan ikat hujungnya.

3. Rebus hingga masak iaitu anggaran hingga 4 jam.
 

Roti Jala dan Serawa Durian (Yang Jamil)


Bahan Untuk Roti Jala :

 
2 biji telur
Santan
Tepung gandum
Gula dan garam secukup rasa


Bahan Untuk Serawa Durian :


Durian
Gula merah
Gula pasir
Santan
Sedikit garam


Cara Membuat Roti Jala :


1. Masukkan tepung, telur, santan, sedikit gula dan garam di dalam blender.

2. Kisarkan hingga semuanya sebati dan tidak berketul. Adunannya sama seperti kuih ketayap.

3. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalam kuali menggunakan acuan roti jala.

4. Goreng hingga masak.


Cara Membuat Serawa Durian :


1.Masukkan sedikit air di dalam periuk, durian, gula merah, gula putih dan daun pandan.

2. Biarkan seketika dan akhir sekali masukkan santan dan sedikit garam.

3. Masak hingga mendidih.

4. Hidangkan bersama roti jala.

Bubur Barli


Bahan-bahan :
 
300 gram beras barli
250 gram gula pasir
50 gram gula merah
2 liter pati santan
100 gram biji jagung
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan


Cara Membuatnya :

1. Bersihkan biji barli dan rebus hingga kembang. Kemudian masukkan biji jagung.

2. Masukkan santan, gula merah, gula pasir dan daun pandan.

3. Kacau selalu supaya santan tidak pecah. Angkat dari api dan hidangkan.

Tepung Talam Kelapa Muda

a) Bahan-bahan Lapis Bawah :

½ cawan tepung beras

2 cawan pati santan (daripada 1 biji kelapa)
1/8 sudu teh garam
1 cawan isi kelapa muda (diambil daripada sebiji kelapa muda yang isinya setebal 0.3 cm)


b) Bahan-bahan Lapis Atas :


1 cawan gula halus

1 ½ cawan santan
4 biji telur
Sedikit garam
1 sudu sedang tepung gandum


c) Hiasan Lapis Atas :


4 biji ceri merah

Beberapa sudu isi kelapa muda


Cara Membuat Lapis Bawah :


i) Gaulkan hingga sebati bahan-bahan (a) di dalam periuk.


ii) Masak adunan ini di atas api yang sederhana dan kacau selalu sehingga pekat.


iii) Setelah pekat, tuangkan adunan ini ke dalam loyang untuk dikukus.



Cara Membuat Lapis Atas :


i) Gaul sebati bahan-bahan (b) di dalam periuk.


ii) Masak adunan ini di atas api yang sederhana dan kacau selalu sehingga pekat.


iii) Setelah pekat, tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang berisi adunan (a). Ratakan adunan ini supaya meliputi permukaan adunan (a) iaitu lapis bawah.


iv) Kukus adunan tersebut selama 10 minit.




Untuk Hiasan :


i) Letakkan keempat-empat biji ceri pada lapis atas adunan secara berasingan.


ii) Potong isi kelapa muda sebesar ibu jari mengikut bentuk kelopak bunga.


iii) Susun isi kelapa tersebut di sekeliling buah ceri mengikut bentuk bunga.


Kuih Dorayaki (Jaafar Onn)

Bahan-bahan :
 
60 gram gula
2 cawan tepung
1 cawan air
1 biji kuning telur
2 camca esen vanila
180 gram kacang merah
Daun pandan


Cara Membuatnya :

1. Masukkan tepung, gula, air,  telur dan esen vanila. Kacau hingga sebati.

2. Panaskan api dan masukkan sedikit minyak dengan menggunakan daun pandan.

3. Goreng hingga masak dengan membuat bentuk bulat.

4. Letakkan inti dan tangkupkannya. Sedia untuk dihidang.

Tart Nenas

Bahan A :

200 gram tepung gandum
1 cawan Nestle Corn Flakes (yang dikisar halus)


Bahan B :

1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila


Bahan lain :

150 gram mentega
2 ½ camca teh gula kastor
Jem nenas


Cara Membuatnya :

1. Gaulkan bahan A dengan mentega dan uli sehingga sebatian menyerupai serbuk roti kering.

2. Kacau bahan B dengan gula dan gaulkan sehingga doh menjadi lembut.

3. Canai doh sehingga 3mm tebal.

4. Potong doh dengan menggunakan pemotong tart dan isikan jem nenas. Hiaskan doh dengan corak kegemaran anda.

5. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 oC selama 15 hingga 20 minit.


Sumber : Nestle Corn Flakes
 

Kek Kacang


Bahan-bahan :

2 cawan gula kasar
3/2 cawan planta
2 ½ cawan tepung gandum
8 biji telur
Esen vanila
100 gram kacang yang dikisar
Serbuk penaik


Cara Membuatnya :

Pukul gula dan marjerin hingga kembang. Masukkan telur dan kacau. 

Campurkan tepung dan serbuk penaik dan dimasukkan ke dalam adunan. 

Seterusnya, masukkan esen vanila dan kacang. 

Tuangkan ke dalam acuan dan bolehlah dibakar.