Kek Span Hangus

Bahan-bahan :

8 biji telur
1 ½ tepung gandum
2 sudu planta
6 sudu susu pekat
1 sudu soda bikarbonat
1 cawan gula
2 cawan air


Cara Membuatnya :

Cair gula dalam kuali (tanpa air) hingga warna perang. Tutup api. 

Selepas itu, tuang 2 cawan air. Masak sampai mendidih. Sejukkan.

Pukul telur sehingga kembang dan masukkan planta dan pukul lagi.

Masukkan susu, soda bikarbonat, tepung dan air gula tadi.

Masukkan adunan ke dalam bekas buat kuih bengkang. Masak atas api perlahan.

Biskut Badam London

Bahan-bahan :

1 buku mentega
1 cawan gula
550 gram tepung gandum
2 kuning telur
1 putih telur
Coklat masakan dicairkan dengan sedikit mentega
Biji badam dan hirisan badan


Cara Membuatnya :

Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan kuning telur, putih telur dan dipukul. 

Masukkan tepung dan kacau. Ambil adunan, bulatkan dan masukkan biji badam. 

Kemudian, masukkan ke dalam cawan kertas. Bakar hingga masak. Tuang coklat masakan di atas dan tabur dengan hirisan badam.

#Coklat masakan dikacau dalam periuk dan letakkan dalam periuk yang berisi air panas.