1 Mei 2015

Kek Span Hangus

Bahan-bahan :

8 biji telur
1 ½ tepung gandum
2 sudu planta
6 sudu susu pekat
1 sudu soda bikarbonat
1 cawan gula
2 cawan air


Cara Membuatnya :

Cair gula dalam kuali (tanpa air) hingga warna perang. Tutup api. 

Selepas itu, tuang 2 cawan air. Masak sampai mendidih. Sejukkan.

Pukul telur sehingga kembang dan masukkan planta dan pukul lagi.

Masukkan susu, soda bikarbonat, tepung dan air gula tadi.

Masukkan adunan ke dalam bekas buat kuih bengkang. Masak atas api perlahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan