15 Oktober 2025
8 Oktober 2025
6 Oktober 2025
28 September 2025
Resipi Kek / Cupcake / Apam Chocolate Moist @ TikTok Iena Bakery
Bahan-bahan :
200 gram tepung gandum
80 gram serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat (5 gram)
1 sudu kecil serbuk penaik (5 gram)
3 biji telur gred A @ B
180 gram gula pasir @ kastor
1 cawan susu pekat (250 gram)
1 cawan minyak
1 cawan air panas
Bahan Untuk Coklat
210 gram dark coklat
310 gram whipping
Cara Membuatnya :
1. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking
powder. Ketepikan.
2. Pukul gula dengan telur hingga kembang dan putih, guna
blender atau mixer. Kemudian masukkan susu pekat dan minyak masak.
3. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit hingga
semua sebati.
4. Akhir sekali, tuang air panas dan kacau hingga sebati. Bolehlah
dibakar atau dikukus mengikut citarasa.
Nota :
1. Guna loyang 9 inci untuk adunan ini.
2. Bakar suhu 170 selama 40 minit, untuk apam kukus selama 10
minit.
Resipi Kek Pisang Coklat @ TikTok Rinana Dessert
Bahan-bahan :
4 biji telur gred A @ B
230 gram gula
1 sk garam
1 sk perisa pisang
1 cawan minyak
300 gram pisang
260 gram tepung gandum
6 gram @ 1 sk baking powder
6 gram @ 1 sk soda bikarbonat
20 gram serbuk koko
Cara Membuatnya :
1. Masukkan telur, gula, garam, perisa pisang, minyak dan pisang dalam blender. Blend hingga putih pucat.
2. Ayak tepung gandum dengan soda dan juga baking powder. Campurkan bahan blend dengan tepung. Kacau hingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan serbuk koko. Kacau sebati. Boleh letak coklat coin, coklat rice atau coklat chip juga.
4. Tuangkan dalam loyang secara berselang-seli antara original dan coklat. Selepas letak semua, boleh letak coklat cair sebagai topping.
5. Taburkan dark coklat, coklat chip atau milk coklat.