Memaparkan catatan dengan label Tik Tok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tik Tok. Papar semua catatan

16 November 2024

Resipi Kek Pandan Layer


Cara Layer Kek

1. Potong kek kepada 3 bahagian.

2. Mula- mula masukkan 4 senduk kastard dan ratakan.

3. Kemudian letak kek dan masukkan 2 senduk kastard.

4. Letak kek dan masukkan 2 senduk kastard.

5. Letak kek dan masukkan kesemua kastard.

6. Biarkan sejuk selama 4 jam.


Nota :

1. Kisar 5 hingga 6 helai daun pandan untuk dapatkan air daun pandan.

2. Guna loyang saiz 8 x 8 untuk kek dan juga layer.

 

3 November 2024

Resipi Cupcake Red Velvet Kak Niz


 
 
Cara Membuatnya :

1. Pukul butter dengan gula kastor sehingga sekata.

2. Masukkan ovalet, emalco dan juga pewarna merah.

3. Pukul dengan mixer sehingga kembang. Pakai speed sederhaha sahaja.

4. Kemudian masukkan telur satu persatu. Putar lagi.

5. Ayak tepung dengan baking powder dan soda bikarbonat.

6. Masukkan tepung bersama susu fresh cream secara berselang seli dalam adunan.

7. Masukkan dalam cup 3/4 sahaja kerana akan naik nanti.

8. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.

9. Apabila sejuk boleh hias dengan freshcream.


Nota :

3 sudu besar bersamaan dengan 45ml susu full krim.

Resipi Cupcake Coklat Moist Kak Niz




 Cara Membuatnya :

1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang menggunakan mixer.

2. Masukkan susu pekat manis dan kacau lagi.

3. Masukkan serbuk koko dan kacau lagi bagi sebati.

4. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda.

5. Masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalam adunan telur.

6. Masukkan minyak masak dan esen vanila. Putar lagi.

7. Akhir sekali, tuangkan air panas. Putar hingga sebati.

8. Masukkan dalam cup 3/4 sahaja kerana akan naik nanti.

9. Bakar atau kukus sehingga masak. Jika kukus, kukus selama 30 minit.

10. Apabila sejuk boleh hias dengan freshcream atau coklat.


29 Oktober 2024

Resipi Cupcake Pandan Kak Niz




Boleh pilih sama ada nak buat Swiss meringue buttercream atau Italian meringue buttercream.