Bahan-bahan :
4 biji telur gred A @ B
230 gram gula
1 sk garam
1 sk perisa pisang
1 cawan minyak
300 gram pisang
260 gram tepung gandum
6 gram @ 1 sk baking powder
6 gram @ 1 sk soda bikarbonat
20 gram serbuk koko
Cara Membuatnya :
1. Masukkan telur, gula, garam, perisa pisang, minyak dan pisang dalam blender. Blend hingga putih pucat.
2. Ayak tepung gandum dengan soda dan juga baking powder. Campurkan bahan blend dengan tepung. Kacau hingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan serbuk koko. Kacau sebati. Boleh letak coklat coin, coklat rice atau coklat chip juga.
4. Tuangkan dalam loyang secara berselang-seli antara original dan coklat. Selepas letak semua, boleh letak coklat cair sebagai topping.
5. Taburkan dark coklat, coklat chip atau milk coklat.