Puding Karamel Rehan

Bahan-bahan : 

3 camca gula pasir – dijadikan karamel
3 biji telur
2 keping roti
1 tin susu cair
1 cawan air @ ½ cawan
6 camca gula pasir
1 sudu teh esen vanila
  

Cara Membuatnya :

1. Cairkan 3 camca gula di dalam kuali dengan api yang kecil sehingga cair dan keperangan.

2. Tuangkan di dalam bekas dan biarkan suam.

3. Blender semua bahan yang tinggal.

4. Tuangkan di atas gula yang dicairkan tadi.

5. Kukus selama 20-30 minit bergantung pada saiz bekas.

6. Terbalikkannya dan masukkan dalam peti sejuk.

7. Enak dinikmati ketika sejuk.


Nota :

Air boleh dikurangkan kepada ½ cawan kerana takut terlalu lembik.


Kek Coklat Lembab @ Moist (Adik Rudy Amirul)

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
2 cawan gula pasir
1 cawan minyak Mazola @ minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan air panas mendidih


Topping

Susu cair – baki guna di atas
1 sudu serbuk koko
2 bar coklat masakan
1 sudu butter @ shortening
1 sudu susu pekat manis


Cara Membuat Kek :

1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan dulu.

2. Pukul telur bersama gula hingga kembang.

3. Masukkan juga susu cair dan minyak.

4. Masukkan campuran tepung yang diayak tadi.

5. Akhir sekali, tuangkan air panas.

6. Kacau hingga sebati dan tuangkan dalam loyang.

7. Kukus adunan sehingga masak.


Cara Membuat Topping :

1. Campurkan semua bahan untuk membuat topping.

2. Masak secara double boiling.

3. Tuangkan ke atas kek dan hiaskan mengikut citarasa.


 

Kuah Kacang Nisak

Bahan-bahan :

Cabai kering
Bawang besar
Bawang putih
Belacan
Gula
Garam
Gula melaka
Isi ayam
Kacang tanah digoreng tanpa minyak
Serai


Cara Membuatnya :

1. Cabai kering, bawang besar, bawang putih dan belacan digoreng.

2. Kemudian, masukkan sedikit air dan kisar hingga lumat.

3. Panaskan minyak, masukkan bahan yang dikisar.

4. Masukkan gula, garam, gula melaka dan ayam yang digoreng.

5. Masukkan kacang yang telah dikisar.

6. Letakkan juga serai yang diketuk.

7. Masak hingga pekat dan tutup api.