17 April 2020
7 Julai 2019
Sambal Belacan Makku
Bahan-bahan :
Cabai kering
Cabai melaka (jika nak letak)
Belacan
Santan pekat
Asam jawa
Satu sudu kecil garam
Telur rebus
Cara Membuatnya :
1. Blender cabai kering, cabai melaka dan belacan bagi lumat
serta pekat.
2. Dalam bekas lain santan pekat dicampur dengan asam jawa dan
juga garam.
3. Masukkan bahan blender tadi dalam bekas.
4. Picit telur rebus bagi hancur (jangan terlalu hancur) dan
masuk santan tadi.
5. Sesuaikan rasanya mengikut selera anda.
6. Sambal belacan ini rasanya lemak-lemak.
7. Jika makan dengan ulam
dan ikan bakar pastinya bertambah makan.
Kangkung Goreng Belacan
Bahan-bahan :
Cabai kering
Sedikit cabai melaka
Belacan
Bawang merah
Gula dan garam secukup rasa
Cara Membuatnya :
1. Blender cabai kering, cabai melaka dan belacan bagi lumat.
2. Tumis bawang merah dan masukkan bahan blender tadi.
3. Masukkan juga gula, garam dan kangkung.
4. Masak hingga kangkung lembut.
Langgan:
Catatan (Atom)