28 September 2025

Resipi Kek / Cupcake / Apam Chocolate Moist @ TikTok Iena Bakery


Bahan-bahan :

200 gram tepung gandum

80 gram serbuk koko

1 sudu kecil soda bikarbonat (5 gram)

1 sudu kecil serbuk penaik (5 gram)

3 biji telur gred A @ B

180 gram gula pasir @ kastor

1 cawan susu pekat (250 gram)

1 cawan minyak

1 cawan air panas

 

Bahan Untuk Coklat

210 gram dark coklat

310 gram whipping

 

Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.

2. Pukul gula dengan telur hingga kembang dan putih, guna blender atau mixer. Kemudian masukkan  susu pekat dan minyak masak.

3. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit hingga semua sebati.

4. Akhir sekali, tuang air panas dan kacau hingga sebati. Bolehlah dibakar atau dikukus mengikut citarasa.

 

Nota :

1. Guna loyang 9 inci untuk adunan ini.

2. Bakar suhu 170 selama 40 minit, untuk apam kukus selama 10 minit.

Resipi Kek Pisang Coklat @ TikTok Rinana Dessert

 



Bahan-bahan :

4 biji telur gred A @ B

230 gram gula

1 sk garam

1 sk perisa pisang

1 cawan minyak

300 gram pisang

260 gram tepung gandum

6 gram @ 1 sk baking powder

6 gram @ 1 sk soda bikarbonat

20 gram serbuk koko

 

Cara Membuatnya :

1. Masukkan telur, gula, garam, perisa pisang, minyak dan pisang dalam blender. Blend hingga putih pucat.

2. Ayak tepung gandum dengan soda dan juga baking powder. Campurkan bahan blend dengan tepung. Kacau hingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan serbuk koko. Kacau sebati. Boleh letak coklat coin, coklat rice atau coklat chip juga.

4. Tuangkan dalam loyang secara berselang-seli antara original dan coklat.  Selepas letak semua, boleh letak coklat cair sebagai topping.

5. Taburkan dark coklat, coklat chip atau milk coklat.